Mahir Short Learning Mahir Pertanian Pintar JDM Wetting Agent Buat Sendiri, Hasil Padu
11 Disember 2025 | Aktiviti TerkiniPada 10 Disember 2025, dua orang peserta dari NADI Sungai Bandung telah mengikuti sesi Mahir Short Learning bertajuk “JDM Wetting Agent Buat Sendiri, Hasil Padu” yang bersiaran secara langsung di YouTube Studio Mahir. Sesi ini memfokuskan cara menghasilkan JDM Wetting Agent sendiri bagi meningkatkan keberkesanan serapan air dan nutrisi tanaman.
Melalui sesi pembelajaran ringkas secara atas talian, peserta diajar bahan yang diperlukan, langkah penyediaan, serta teknik penggunaan yang betul untuk tanaman. Wetting agent buatan sendiri ini membantu menjimatkan kos dan memberi hasil tanaman yang lebih padu. Ini memberi peluang kepada petani dan komuniti untuk mempelajari teknik pertanian moden dengan mudah dan fleksibel dari rumah masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: