Mahir Short Learning Mahir Baiki Gajet Skill Jaga Phone Macam Pro
11 Disember 2025 | Aktiviti TerkiniPada 10 Disember 2025, dua orang peserta dari NADI Sungai Bandung telah mengikuti sesi Mahir Short Learning bertajuk “Skill Jaga Phone Macam Pro” yang bersiaran secara langsung di YouTube Studio Mahir. Sesi ini memberi pendedahan kepada peserta tentang asas pembaikan seperti menukar skrin, membaiki bateri, serta mengenal pasti kerosakan komponen dalaman.
Program ini juga mengajar teknik penjagaan telefon yang betul supaya pengguna dapat memanjangkan jangka hayat peranti. Inisiatif tersebut bertujuan memberi peluang kepada belia dan komuniti untuk memperoleh kemahiran tambahan yang boleh menjana pendapatan atau digunakan dalam kehidupan seharian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: