eKelas Usahawan Modul 4 Mengurus dan Mengukur Keberkesanan Pemasaran Digital
2 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 2 Julai 2025, seorang usahawan dari NADI Sungai Bandung telah menyertai webinar eKelas Usahawan yang bertajuk Mengurus dan Mengukur Keberkesanan Pemasaran Digital. Webinar ini bertujuan untuk membimbing para usahawan dalam memahami cara mengurus strategi pemasaran digital dengan lebih sistematik serta menilai keberkesanannya melalui data dan analisis. Sesi webinar ini telah membincangkan langkah-langkah penting dalam merancang kempen pemasaran, memilih saluran digital yang sesuai, menetapkan objektif, serta mengenal pasti petunjuk prestasi utama (KPI).
Peserta didedahkan kepada alat analitik seperti Google Analytics, Meta Insights, dan platform pemantauan lain yang dapat membantu menilai impak setiap kempen digital termasuk kadar capaian, interaksi, penukaran (conversion), dan pulangan pelaburan (ROI). Selain itu, webinar ini menyentuh aspek pengurusan bajet pemasaran, penyesuaian kandungan berdasarkan data, dan penambahbaikan berterusan.
Webinar ini sangat sesuai untuk usahawan yang ingin membuat keputusan pemasaran berasaskan data, mengoptimumkan prestasi kempen digital, dan meningkatkan pulangan perniagaan dalam jangka masa panjang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: