eKelas Usahawan Modul 1 Strategi Pemasaran Digital
2 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 1 Julai 2025, seorang usahawan dari NADI Sungai Bandung telah menyertai webinar eKelas Usahawan yang bertajuk Strategi Pemasaran Digital secara atas talian. Webinar ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para usahawan tentang kepentingan dan kaedah pemasaran digital dalam memperkasa perniagaan pada era moden. Bertemakan "Strategi Pemasaran Digital", sesi ini membincangkan teknik-teknik pemasaran berasaskan internet seperti penggunaan media sosial, e-mel, laman web, dan pengiklanan berbayar.
Para peserta telah didedahkan kepada strategi yang berkesan untuk meningkatkan kehadiran jenama dalam talian, menarik lebih ramai pelanggan, dan mengoptimumkan jualan secara digital. Webinar ini sesuai untuk usahawan baru mahupun yang berpengalaman yang ingin mengembangkan perniagaan mereka melalui platform digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: