Mahir Short Learning "Mahir Jahit: Jom Belajar Jahit Tote Bag"
8 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 7 Julai 2025 yang lalu, seorang peserta telah menyertai Program Mahir Short Learning yang bertajuk "Mahir Jahit: Jom Belajar Jahit Tote Bag" merupakan satu inisiatif pembelajaran jangka pendek yang bertujuan untuk memberikan pendedahan asas dalam bidang jahitan kepada peserta.
Melalui program ini, peserta akan didedahkan kepada teknik-teknik asas dalam menghasilkan sebuah beg tote, bermula dari proses mengukur, memotong kain, sehinggalah menjahit dan menyiapkan produk akhir. Program ini sangat sesuai untuk golongan pemula kerana pendekatannya yang praktikal dan mudah difahami. Selain itu, ia juga memberi peluang kepada peserta untuk menimba kemahiran baharu yang boleh dimanfaatkan sama ada untuk kegunaan sendiri atau sebagai sumber pendapatan sampingan. Secara tidak langsung, program ini menyokong usaha memperkasakan kemahiran insaniah dan keusahawanan dalam kalangan masyarakat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: