Pengurusan Kewangan dan Perancangan Perniagaan
11 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 10 Julai 2025, dua orang usahawan NADI Sungai Bandung telah menyertai Webinar Keusahawanan yang bertajuk Pengurusan Kewangan dan Perancangan Perniagaan. Webinar ini bertujuan untuk memberikan pendedahan serta panduan praktikal kepada usahawan, pemilik perniagaan kecil dan sederhana (PKS), serta individu yang berminat untuk memulakan perniagaan mengenai aspek penting dalam pengurusan kewangan dan perancangan perniagaan yang berkesan.
Dalam persekitaran perniagaan yang semakin mencabar, kemampuan untuk mengurus kewangan dengan bijak serta merancang halatuju perniagaan secara strategik adalah kunci kejayaan jangka panjang. Webinar ini telah membincangkan elemen asas seperti penyediaan bajet, pengurusan aliran tunai, penetapan harga, dan penilaian prestasi kewangan. Selain itu, peserta juga didedahkan kepada teknik penyediaan pelan perniagaan yang mantap, termasuk analisis pasaran, strategi pemasaran, dan pelan operasi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: