dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Mahir Short Learning Series Resepi Sotong Masam Manis Tradisi

11 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Julai 2025 yang lalu, 2 orang peserta telah menyertai Kelas Mahir Short Learning Series Resepi Sotong Masam Manis Tradisi bersama Chef Florance Tan secara atas talian. Sesi ini telah bersiaran lansung dari Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu, Terengganu bersempena dengan Program Madani Rakyat (PMR). Kelas ini telah memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari cara memasak hidangan sotong masam manis tradisi yang digemari ramai. Dalam sesi ini, peserta akan diajar langkah demi langkah penyediaan bahan segar, teknik penyediaan sotong agar kekal lembut, serta rahsia menghasilkan kuah masam manis yang seimbang rasa masam, manis dan sedikit pedas mengikut cita rasa tradisi tempatan ataupun sebagai sajian istimewa buat keluarga tercinta.

Peserta juga telah mendapat tips penting seperti cara mengelak sotong daripada menjadi liat, serta bagaimana menyusun hidangan agar kelihatan menarik dan sesuai dihidangkan dalam pelbagai majlis. Kelas ini sesuai untuk semua peringkat — sama ada untuk suri rumah, peniaga makanan, atau sesiapa sahaja yang ingin memantapkan kemahiran memasak mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.