dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Kempen Internet Selamat di SK St Dominic Pichin, Serian

12 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Julai 2025, seramai 144 murid dari Tahap 1 dan Tahap 2 di 𝐒𝐊 𝐒𝐭 𝐃𝐨𝐦𝐢𝐧𝐢𝐜 𝐏𝐢𝐜𝐡𝐢𝐧 telah menyertai 𝐊𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐧𝐞𝐭 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 (KIS) bersama NADI Kluster Serian Tebedu. Program ini bertujuan memperkenalkan asas keselamatan digital kepada murid-murid, termasuk risiko dalam talian, had umur penggunaan media sosial dan pentingnya etika semasa berinternet.

Modul khas dirangka mengikut kesesuaian umur dengan pendekatan yang interaktif, menyeronokkan dan mudah difahami. Dari permainan minda ke simulasi dunia siber sebenar, setiap aktiviti direka untuk bantu pelajar faham isu keselamatan siber secara praktikal.

Sambutan menggalakkan daripada murid dan guru membuktikan keberkesanan program ini dalam membina asas yang kukuh untuk warganet muda yang lebih celik, beretika dan selamat di alam digital. KIS bukan sekadar program ia adalah pelaburan awal untuk membina generasi yang tahu hak mereka dalam dunia digital, berani berkata tidak kepada bahaya siber, dan yakin menggunakan teknologi secara positif.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.