Podcast Kesejahteraan Kendiri "Dentist Biasa ke Pakar Gigi? Jangan Tersalah Tempah!"
16 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 15 Julai 2025, seorang peserta dari NADI Sungai Bandung telah menyertai Podcast Kesejahteraan Kendiri yang bertajuk "Dentist Biasa ke Pakar Gigi? Jangan Tersalah Tempah!". Podcast ini memberi pencerahan kepada orang awam tentang perbezaan antara doktor gigi am dan pakar pergigian. Peserta diperkenalkan kepada skop rawatan asas oleh dentist serta peranan pakar pergigian yang berdaftar dan memiliki kepakaran khusus. Antara topik penting yang dibincangkan termasuk bila perlu berjumpa pakar, cara mengenal pasti pakar bertauliah, dan risiko memilih rawatan yang tidak sesuai. Webinar ini bertujuan membantu masyarakat membuat keputusan yang lebih bijak, selamat dan tepat dalam menjaga kesihatan mulut dan gigi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: