dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Webinar Kesejahteraan Kendiri "Saya Tak Nak Label Anak Saya Autisme – Tapi Kenapa Diagnosis Itu Penting"

17 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Julai 2025, seorang peserta telah menyertai Webinar Kesejahteraan Kendiri yang bertajuk "Saya Tak Nak Label Anak Saya Autisme – Tapi Kenapa Diagnosis Itu Penting". Webinar ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran ibu bapa dan penjaga mengenai kepentingan diagnosis awal dalam kes perkembangan kanak-kanak, khususnya yang menunjukkan tanda-tanda spektrum autisme. Webinar membincangkan kebimbangan biasa ibu bapa terhadap ‘label’ autisme, serta menjelaskan mengapa pengesanan awal boleh membuka jalan kepada intervensi yang lebih berkesan dan peluang perkembangan yang lebih baik untuk anak-anak.

Webinar ini dikendalikan oleh Doktor Zasmani Shafiee iaitu pakar Pakar Psikiatri Kanak-Kanak & Remaja daripada Rosewood Mental Health Clinic, yang telah berkongsi pengetahuan tentang proses diagnosis, manfaatnya kepada kanak-kanak dan keluarga, serta perbezaan antara ‘label’ dan sokongan. Turut dikupas ialah mitos dan salah faham tentang autisme yang sering menjadi halangan kepada penerimaan diagnosis.

Sesi ini amat sesuai untuk ibu bapa, guru, pengasuh dan individu yang terlibat dalam perkembangan awal kanak-kanak. Matlamatnya adalah untuk membina kefahaman yang lebih empati, berasaskan ilmu, dan menyokong perjalanan anak-anak yang mungkin berada dalam spektrum autisme.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.