NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat: Mahir Jahit Sesi 3 - Pengenalan Mahir Training System (MTS)
24 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 23 Julai 2025, seorang peserta Mahir Jahit untuk Intake kedua telah mengikuti kelas Mahir Jahit di NADI Sungai Bandung. Untuk permulaan, program Mahir Jahit memperkenalkan peserta kepada Mahir Training System (MTS) iaitu satu sistem yang akan digunapakai oleh peserta untuk menghadiri kelas secara atas talian, mendapat nota kelas, menanda kehadiran dan sebagainya semasa menyertai Kelas Mahir Jahit. Dalam sesi ini, peserta didedahkan kepada konsep asas jahitan, peralatan jahitan, serta pendekatan pembelajaran sistematik yang digunakan dalam MTS.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: