ADHD Kenapa Penting Dapatkan Diagnosis Awal
25 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 24 Julai 2025, seorang peserta dari NADI Sungai Bandung telah menyertai Podcast Kesejahteraan Kendiri yang bertajuk “ADHD Kenapa Penting Dapatkan Diagnosis Awal”. Podcast ini memberi pencerahan kepada ibu bapa untuk diagnosis awal anak. Ramai ibu bapa ragu-ragu untuk mendapatkan diagnosis awal bagi anak mereka yang menunjukkan tanda-tanda ADHD. Dalam video pendek ini, Dr. Nurazah Binti Ismail, Pakar Psikiatri dari USIM, terangkan kenapa diagnosis awal ADHD sangat penting untuk perkembangan emosi, pembelajaran dan keyakinan diri anak-anak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: