Menopaus Bukan Penamat – Dr. Nurul Jelaskan Apa Wanita Perlu Tahu
25 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniWebinar Studio Sihat kali ini membawa topik yang sangat penting dan dekat di hati ramai wanita, iaitu "Menopaus Bukan Penamat! Apa Wanita Perlu Tahu". Webinar ini bertujuan untuk memberikan kesedaran dan pengetahuan kepada golongan wanita tentang perubahan yang berlaku dalam fasa menopaus serta cara untuk menghadapinya dengan tenang dan positif.
Menopaus sering dianggap sebagai satu penamat kepada fasa kesuburan, namun sebenarnya ia adalah permulaan kepada satu episod kehidupan baru yang boleh dilalui dengan lebih sihat dan bermakna. Dalam webinar ini, para peserta didedahkan kepada maklumat mengenai simptom menopaus, kesan fizikal dan emosi, serta langkah-langkah penjagaan diri dari aspek pemakanan, senaman dan sokongan emosi.
Dr. Nurul juga berkongsi tip bagaimana wanita boleh menyesuaikan diri dengan perubahan hormon serta pentingnya mendapatkan sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan. Kesimpulannya, menopaus bukanlah pengakhiran, sebaliknya ia adalah fasa yang boleh diraikan dengan ilmu, persediaan dan sokongan yang betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: