Cybersecurity Keselamatan Akaun Media Sosial
25 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 24 Julai 2025, 2 orang peserta dari NADI Sungai Bandung telah menyertai Webinar Cybersecurity yang bertajuk Keselamatan Akaun Media Sosial secara atas talian. Webinar ini memberi tumpuan kepada aspek keselamatan siber yang berkaitan dengan penggunaan akaun media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok, dan lain-lain. Dalam era digital masa kini, akaun media sosial sering menjadi sasaran utama penjenayah siber yang ingin mencuri maklumat peribadi, menyebarkan scam, atau mengambil alih akaun untuk tujuan tidak bertanggungjawab.
Peserta telah didedahkan kepada teknik dan taktik serangan biasa seperti pancingan data (phishing), serangan kata laluan (password attacks), serta perisian hasad (malware). Selain itu, webinar ini juga akan memberi panduan tentang langkah pencegahan seperti penggunaan kata laluan yang kukuh, pengesahan dua faktor, dan kaedah mengenal pasti pautan mencurigakan.
Webinar ini amat sesuai untuk pengguna media sosial dari semua peringkat umur termasuk usahawan digital, pelajar, kakitangan organisasi, dan individu yang aktif dalam dunia maya. Tujuannya adalah untuk membina kesedaran dan memperkuat kawalan keselamatan digital dalam kehidupan seharian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: