Safe: Waspada Berita Palsu
28 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 23 Julai 2025, dua orang pelajar sekolah rendah telah menyertai Webinar Kempen Internet Selamat yang bertajuk Waspada Berita Palsu. Webinar ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar tentang bahaya penyebaran berita palsu atau maklumat yang tidak sahih, terutamanya di era digital yang serba pantas. Pelajar telah didedahkan kepada cara mengenal pasti berita palsu, teknik semakan fakta, serta kepentingan menyemak sumber sebelum berkongsi sesuatu maklumat. Program ini juga menekankan peranan setiap individu dalam membendung penularan berita palsu demi kesejahteraan masyarakat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: