Webinar Kesejahteraan Kendiri Kemurungan
18 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 17 januari 2025 (Jumaat), petugas NADI telah menyertai sesi webinar kesejahteraan kendiri yang bertajuk Kemurungan (Depression): Kenal, cegah & rawat bersama Dr. Nur Adilah Sulaiman, Pakar Psikiatri Hospital Bintulu.
Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian.Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: