Webinar Cybersecurity Melindungi Perniagaan Anda
19 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniSeramai tiga orang peserta dari NADI Sungai Bandung telah menyertai Webinar Cybersecurity Melindungi Perniagaan Anda pada 18 Januari yang lepas secara dalam talian menggunakan Google Meet. Webinar ini dijalankan untuk usahawan bagi melindungi perniagaan mereka daripada ancaman siber yang semakin hari meningkat. Para usahawan juga diberikan penerangan asas keselamatan siber bagi melindungi perniagaan mereka daripada scammer dan sebagainya dan cara untuk menyemak kesahihan akaun bank peniaga bagi mengelakkan menjadi mangsa scammer. Setelah selesai webinar, para usahawan telah diberikan sijil digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: