Program Khas DiLea Chapter 4
26 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniSeorang pelajar sekolah menengah tingkatan empat telah mengikuti Program Khas DiLea bertajuk Aplikasi GigaMemori SmartStudy di NADI Sungai Bandung pada 25 Januari yang lepas. Pelajar tersebut telah menggunakan kemudahan yang disediakan di NADI Sungai Bandung untuk mengikuti webinar-webinar yang dianjurkan. Program Khas DiLea Chapter 4 ini membincangkan cara menguasai secara keseluruhan teknik menulis nota dan teknik menghafal SmartStudy Giga Memori. Selain itu, pelajar-pelajar juga diajar bagaimana untuk mengaplikasikan semua yang telah dipelajari selama 3 minggu ke dalam soalan dan latihan untuk menguji kefahaman pelajar. Penceramah juga memberikan tips bagaimana mengatur rancangan bagaimana kesemua teknik yang telah dipelajari boleh diaplikasikan ke dalam pembelajaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: