dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Taklimat Kesedaran Keselamatan Dalam Talian

1 Februari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 31 Januari 2025 (Jumaat), 5 org peserta Safe and Shield dari NADI Sungai Bandung telah menyertai Taklimat Kesedaran Keselamatan Dalam Talian. Taklimat ini diadakan secara atas talian melalui Google Meet.

Dalam taklimat ini, peserta telah diberi penerangan mengenai Buli Siber, Pengantunan Siber, dan juga scam. Selain diberi penerangan mengenai maksud jenayah siber tesebut, peserta turut dijelaskan mengenai contoh dan implikasi bahaya jenayah siber ini.

Taklimat Kesedaran Keselamatan Dalam Talian merupakan usaha untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai penggunaan Internet secara positif, produktif dan bertanggungjawab. Ia bertujuan untuk mewujudkan budaya tanggungjawab digital serta memperkasakan setiap rakyat di negara ini untuk mengemudi dunia dalam talian dengan selamat dan yakin.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.