Webinar Cybersecurity: Permulaan di Universiti, Masa Depan di Universiti
7 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 06 November 2025, dua orang peserta telah menyertai sesi webinar Cybersecurity: Permulaan di Universiti, Masa Depan di Universiti yang dijalankan melalui platform Zoom. Sesi ini bertujuan memperkenalkan peserta kepada laluan kerjaya daripada universiti ke bidang cybersecurity, termasuk asas dan kemahiran yang perlu dikuasai.
Semasa sesi berlangsung, peserta diperkenalkan kepada laluan pendidikan yang boleh diambil di universiti, seperti program teknologi maklumat, sains komputer, serta kursus khusus dalam keselamatan siber dan ethical hacking. Mereka juga mempelajari kepentingan latihan praktikal, sijil profesional, dan pengalaman projek untuk membina kemahiran dalam bidang ini. Selain itu, peserta didedahkan kepada aktiviti praktikal seperti menyertai pertandingan keselamatan siber (CTF) dan menghadiri kursus atau kelas tentang cybersecurity dan ethical hacking.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: