dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Bengkel Mahir IoT Inovasi Sesi 4

9 November 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 08 November 2025, seorang pelajar sekolah menengah telah menyertai Bengkel Mahir IoT Inovasi Sesi 4 yang dijalankan melalui platform Microsoft Teams. Sesi ini bertujuan memperkenalkan pelajar kepada konsep isyarat analog dan digital dalam projek IoT menggunakan papan mikropengawal ESP32.

Semasa sesi berlangsung, pelajar mempelajari bahawa isyarat analog adalah nilai yang berterusan, manakala isyarat digital biasanya hanya mempunyai dua keadaan, on/off. Mereka juga diperkenalkan kepada fungsi ADC (Analog-to-Digital Converter) pada ESP32 untuk menukarkan isyarat analog kepada nilai digital.

Selain itu, pelajar mempelajari bagaimana menggunakan PWM (Pulse Width Modulation) untuk menghasilkan isyarat digital yang mampu mewakili nilai tertentu. Dengan PWM, nilai digital boleh diubah suai untuk meniru isyarat analog, seperti mengawal kecerahan lampu LED atau kelajuan motor. Pelajar diberi peluang untuk mengatur PWM pada ESP32 dan melihat bagaimana perubahan lebar denyutan mempengaruhi output, sekaligus memahami konsep kawalan isyarat digital dengan nilai yang berterusan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.