dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Webinar Gerak Gempur Sejarah SPM

9 November 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 08 November 2025, seorang pelajar sekolah menengah telah menyertai Webinar Gerak Gempur SPM Sejarah yang dijalankan secara dalam talian. Webinar ini menampilkan Cikgu Ilya sebagai penceramah yang berkongsi pelbagai tips, strategi, dan panduan menjawab soalan peperiksaan Sejarah dengan berkesan.

Sepanjang sesi berlangsung, pelajar diperkenalkan kepada teknik memahami kehendak soalan, menjawab soalan struktur, esei, serta soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Cikgu Ilya turut memberi penerangan terperinci tentang cara menulis jawapan yang padat dan tepat, serta berkongsi contoh jawapan yang memenuhi skema pemarkahan sebenar.

Selain itu, pelajar didedahkan kepada kesilapan yang sering dilakukan calon dan cara memperbaikinya, di samping belajar mengurus masa semasa menjawab soalan. Webinar ini membantu pelajar meningkatkan kefahaman dan keyakinan dalam menjawab soalan Sejarah sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.