Kelas Kesedaran eSukan: Hak Cipta & Harta Intelek Dalam eSukan
15 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 14 November 2025, tiga orang peserta telah mengikuti kelas kesedaran iaitu hak cipta dan harta intelek dalam dunia e-sukan di NADI Sungai Bandung. Melalui video kesedaran yang disampaikan menerusi LMS e-Sukan, peserta didedahkan kepada konsep asas hak cipta serta kepentingannya dalam memastikan setiap hasil kerja digital dihargai dan dilindungi. Sesi ini turut menerangkan tentang pelanggaran biasa yang sering berlaku tanpa disedari dalam komuniti e-sukan, seperti penggunaan bahan digital tanpa izin, perkongsian kandungan tanpa kredit, dan penyalahgunaan aset kreatif. Peserta juga mempelajari cara melindungi karya sendiri serta kepentingan menghormati karya orang lain bagi mengekalkan persekitaran e-sukan yang profesional dan beretika. Selain itu, elemen etika digital turut ditekankan bagi memastikan peserta lebih sedar tentang tanggungjawab mereka ketika menghasilkan, menggunakan atau berkongsi bahan digital dalam arena e-sukan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: