Taklimat Lindungi Data Peribadi
15 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 14 Oktober 2025, tiga orang murid sekolah rendah telah menyertai Taklimat Lindungi Data Peribadi yang diadakan secara dalam talian melalui Google Meet di NADI Sungai Bandung. Taklimat ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada murid tentang kepentingan menjaga maklumat peribadi agar tidak disalahgunakan oleh pihak lain.
Dalam sesi taklimat ini, murid belajar tentang apa itu data peribadi, seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat rumah, nombor telefon, dan kata laluan. Penceramah menerangkan bahawa maklumat ini perlu dijaga dengan baik dan tidak boleh dikongsi dengan sebarang individu yang tidak dikenali.
Murid juga diajar cara melindungi diri semasa menggunakan internet, termasuk tidak memberikan maklumat peribadi di laman web yang tidak selamat, serta berhati-hati ketika bermain permainan atau menggunakan media sosial. Selain itu, murid didedahkan kepada kesan buruk jika data peribadi bocor, seperti akaun digodam atau maklumat disalahgunakan oleh orang lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: