Webinar 2: Pemasaran & Operasi Perniagaan
17 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 16 Oktober 2025, dua orang telah menyertai Webinar Pemasaran dan Operasi Perniagaan yang dijalankan secara dalam talian melalui Google Meet di NADI Sungai Bandung. Webinar ini dikendalikan oleh Tengku Ismith dan bertujuan untuk memberi pemahaman kepada peserta tentang asas pemasaran serta kepentingan pengurusan operasi dalam perniagaan.
Antara topik utama yang dibincangkan ialah Pengenalan 4P dalam Pemasaran, iaitu:
1. Product (Produk) – barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan.
2. Price (Harga) – nilai yang perlu dibayar oleh pelanggan untuk mendapatkan produk.
3. Place (Tempat) – lokasi atau saluran di mana produk boleh diperoleh.
4. Promotion (Promosi) – cara memperkenalkan dan menarik minat pelanggan terhadap produk.
Objektif utama sesi ini adalah untuk memahami cara menggunakan konsep 4P bagi mengembangkan perniagaan secara mampan, serta menjawab soalan asas pemasaran iaitu 4W & 1H (What, Who, When, Where & How).
Melalui webinar ini, peserta memperoleh ilmu penting tentang strategi pemasaran berkesan yang boleh diaplikasikan dalam dunia keusahawanan sebenar. Penerangan yang jelas tentang 4P membantu peserta memahami bagaimana setiap elemen saling berkait dalam memastikan kejayaan sesuatu perniagaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: