Bengkel IoT Inovasi Sesi 3
19 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 25 Oktober 2025, seorang pelajar sekolah menengah telah menyertai Bengkel Tiny Techies: IoT Inovasi Sesi 3 yang dijalankan secara dalam talian melalui platform Google Meet di NADI Sungai Bandung. Bengkel ini merupakan sambungan daripada Sesi 1 dan Sesi 2 yang memberi tumpuan kepada penerapan kemahiran dalam bidang Internet of Things (IoT).
Dalam sesi ketiga ini, peserta meneruskan pembelajaran daripada sesi sebelumnya dengan fokus kepada projek Lampu Isyarat Trafik. Pada sesi ini, pelajar mempelajari cara menghasilkan input digital (Read) menggunakan komponen elektronik yang sesuai bagi mengawal sistem lampu isyarat trafik secara automatik.
Peserta memahami bagaimana input digital berfungsi untuk menerima isyarat daripada sensor dan bagaimana maklumat tersebut digunakan bagi mengawal output seperti nyalaan lampu merah, kuning, dan hijau mengikut keadaan tertentu.
Melalui latihan ini, pelajar dapat mengaplikasikan konsep asas sistem digital dalam projek sebenar serta meningkatkan kefahaman terhadap interaksi antara input dan output dalam sistem IoT. Bengkel ini juga membantu pelajar membangunkan kemahiran logik kawalan serta asas pengaturcaraan dalam bidang teknologi pintar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: