SLS Mahir Masak: Simple, Crunchy & Yummy Crab Rangoon
5 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 4 September 2025 (Khamis), tiga orang peserta telah menyertai sesi Mahir Short Learning Series (SLS) Mahir Masak yang bertajuk Simple, Crunchy & Yummy Crab Rangoon. Dalam sesi ini, peserta mempelajari langkah demi langkah cara menyediakan Crab Rangoon yang rangup di luar dan berkrim di dalam. Antara aspek yang diberi penekanan ialah penyediaan inti, teknik membungkus dengan kemas, serta kaedah menggoreng supaya hasilnya lebih garing dan menarik. Aktiviti ini bukan sahaja memberi pengalaman memasak yang menyeronokkan, malah turut menggalakkan kreativiti peserta dalam mencipta variasi hidangan mengikut cita rasa masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: