SLS Mahir Baiki Gajet: Jaga Bateri, Panjang Umur Gajet Kita
5 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 4 September 2025 (Khamis), tiga orang peserta telah mengikuti sesi Mahir Short Learning Series (SLS) Mahir Baiki Gajet bertajuk Jaga Bateri, Panjang Umur Gajet Kita. Sesi ini menekankan kepentingan penjagaan bateri telefon pintar, komputer riba dan gajet lain dengan membincangkan tabiat mengecas yang betul, faktor yang boleh merosakkan bateri, cara menjimatkan penggunaan tenaga serta kesan suhu terhadap prestasi peranti. Melalui perkongsian ini, peserta mendapat panduan praktikal untuk memanjangkan jangka hayat bateri sekali gus mengurangkan kos pembaikan serta meningkatkan kecekapan penggunaan gajet harian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: