Webinar Kidventure Cohort 5 Pemasaran Dengan Elemen AI
7 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 06 September 2025 (Sabtu), NADI Sungai Bandung telah menyertai Webinar Kidventure Cohort 5 bertajuk Pemasaran Dengan Elemen AI yang memberi tumpuan kepada penguasaan ChatGPT dan Canva AI dalam strategi pemasaran digital. Peserta mempelajari cara menggunakan ChatGPT untuk menjana idea kreatif, menulis salinan promosi yang menarik serta merancang strategi kandungan, manakala Canva AI dimanfaatkan untuk menghasilkan grafik, poster dan video dengan cepat dan profesional. Selain itu, peserta turut didedahkan dengan teknik merekabentuk poster produk menggunakan aplikasi digital secara praktikal, sekali gus menunjukkan bagaimana AI dapat memudahkan urusan pemasaran, menjimatkan masa dan meningkatkan kualiti hasil kerja.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: