Program Khas Sambutan Hari Merdeka & Hari Malaysia @ NADI
8 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 07 September 2025 (Ahad), NADI Sungai Bandung telah menganjurkan Sambutan Hari Merdeka & Hari Malaysia dengan pelbagai pengisian menarik yang melibatkan pelajar sekolah rendah. Program ini bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme, menanamkan rasa cinta akan negara dan pada masa yang sama memberi pendedahan ilmu bermanfaat kepada peserta.
Antara aktiviti yang dianjurkan ialah Pertandingan Mewarna khusus untuk pelajar sekolah rendah yang berjaya mencungkil bakat kreativiti dan memberi peluang kepada kanak-kanak mengekspresikan semangat kemerdekaan melalui hasil seni mereka. Selain itu, Kuiz Hari Merdeka & Hari Malaysia telah diadakan bagi menguji pengetahuan peserta tentang sejarah, tokoh-tokoh penting serta peristiwa kemerdekaan dan pembentukan Malaysia, sekali gus menambah kefahaman mereka tentang perjuangan generasi terdahulu.
Bagi meningkatkan kesedaran tentang keselamatan di alam maya, turut diadakan Kuiz Internet Selamat yang memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara menggunakan internet dengan bijak, mengenal pasti ancaman siber serta kepentingan menjaga keselamatan maklumat peribadi. Sepanjang program ini juga, pihak penganjur membuka peluang pendaftaran ahli NADI secara percuma bagi menggalakkan masyarakat memanfaatkan kemudahan, latihan dan program yang ditawarkan.
Kemuncak sambutan ini diserikan dengan sesi Live bersama YB Menteri Komunikasi yang berkesempatan menyampaikan ucapan serta berinteraksi secara langsung bersama warga komuniti. Kehadiran beliau bukan sahaja memberi suntikan semangat, malah menzahirkan sokongan terhadap inisiatif NADI dalam memupuk semangat patriotik melalui medium pendidikan dan teknologi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: