Modul 3 Kesedaran Mengenai eSukan Fakta, Mitos dan Masa Depan
8 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 07 September 2025 (Ahad), NADI Sungai Bandung telah menganjurkan Modul Sijil 3: Kesedaran Mengenai eSukan – Fakta, Mitos dan Masa Depan yang disertai oleh 10 orang peserta. Modul ini memberi pendedahan tentang realiti sebenar industri eSukan, meleraikan pelbagai mitos yang sering dikaitkan dengan dunia permainan digital, serta membincangkan potensi dan hala tuju masa depan eSukan di Malaysia dan peringkat global. Sesi ini membantu peserta memahami peranan eSukan bukan sekadar hiburan, tetapi juga sebagai kerjaya, platform pembangunan bakat dan industri yang berdaya saing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: