dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Taklimat Berita Palsu

19 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 18 September 2025, telah berlangsung Taklimat Berita Palsu di NADI Sungai Bandung yang dihadiri oleh tiga orang peserta. Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan tentang bahaya penyebaran berita palsu serta mendidik peserta agar lebih berhati-hati dan bijak menilai maklumat yang diperoleh dari internet dan media sosial.

Sepanjang sesi, peserta diperkenalkan kepada maksud berita palsu, contoh-contoh yang sering berlegar di internet, serta kesan buruk jika ia disebarkan tanpa usul periksa. Penceramah turut berkongsi beberapa kaedah mudah untuk mengesan kesahihan maklumat, antaranya dengan menyemak sumber asal, membandingkan dengan laporan lain, serta merujuk kepada pihak berautoriti.

Bagi menjadikan sesi lebih menarik, taklimat diselitkan dengan kuiz ringkas berkaitan contoh berita benar dan palsu. Melalui aktiviti ini, peserta lebih mudah memahami perbezaan antara maklumat sahih dengan yang direka serta dapat menguji tahap kefahaman mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.