Webinar Cybersecurity: Sim Swap – Ancaman Siber Kepada Usahawan
19 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 18 September 2025, telah berlangsung Webinar Cybersecurity: Sim Swap Slot 1: Ancaman Siber Kepada Usahawan di NADI Sungai Bandung dengan kehadiran seramai lima orang peserta. Webinar ini bertujuan memberi kesedaran kepada usahawan tentang bahaya serangan siber berbentuk Sim Swap serta langkah pencegahan yang boleh diambil bagi melindungi maklumat peribadi dan kewangan.
Sepanjang sesi, peserta diberi penerangan tentang bagaimana serangan Sim Swap berlaku, iaitu apabila penjenayah berjaya mengambil alih nombor telefon mangsa bagi mengakses akaun bank, e-mel, atau aplikasi perniagaan. Penceramah turut berkongsi contoh kes sebenar yang pernah berlaku, menunjukkan betapa seriusnya ancaman ini terhadap usahawan yang aktif menggunakan perbankan digital dan media sosial untuk urusan perniagaan.
Selain itu, peserta dibimbing dengan beberapa langkah pencegahan praktikal, antaranya:
- Mengaktifkan pengesahan dua faktor (2FA) melalui aplikasi keselamatan, bukan SMS sahaja.
- Tidak mendedahkan nombor telefon utama secara terbuka.
- Memantau transaksi perbankan secara berkala.
- Segera menghubungi penyedia telco sekiranya talian mudah alih terganggu tanpa sebab.
Sesi turut diselitkan dengan kuiz ringkas bagi menguji tahap kefahaman peserta terhadap ancaman Sim Swap dan kaedah pencegahannya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: