dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Webinar Basic Scriptwriting For Animation

28 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 27 September 2025 (Sabtu), telah berlangsung program Siri Webinar Bulanan NADI e-Sukan 2025 bertajuk “Basic Scriptwriting for Animation” yang dijalankan secara dalam talian melalui Google Meet. Webinar ini telah disampaikan oleh Encik Faizal Hakimmy selaku penceramah jemputan, dan telah dihadiri oleh empat orang peserta dari NADI Sungai Bandung.

Sesi ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas penulisan skrip animasi. Penceramah telah berkongsi ilmu berkaitan struktur skrip, pembangunan watak, teknik penceritaan, serta kepentingan kreativiti dalam menghasilkan karya animasi yang menarik.

Sepanjang webinar, peserta diberi peluang memahami kaedah penulisan skrip secara lebih teratur dan berkesan. Perkongsian yang disampaikan bukan sahaja menambah ilmu baharu, malah memberi inspirasi kepada peserta untuk mencuba bidang penulisan kreatif, khususnya dalam industri animasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.