Bengkel Mahir Tiny Techies Sekolah Rendah
28 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 27 September 2025, telah berlangsung Bengkel Tiny Techies – Sumo Robot di NADI Sungai Bandung dengan penyertaan seramai dua orang peserta. Program ini dianjurkan khusus untuk murid sekolah rendah dengan tujuan memberi pendedahan awal mengenai dunia robotik serta memperkenalkan konsep asas yang berkaitan dengan pembangunan dan kawalan robot.
Bengkel ini menekankan penerangan mengenai komponen asas robot, konsep pengaturcaraan mudah, dan strategi kawalan robot sumo. Peserta didedahkan dengan cara bagaimana robot boleh diprogram untuk bergerak, mengesan halangan, dan berfungsi dalam bentuk pertandingan sumo. Melalui penerangan ini, peserta berpeluang memahami bahawa robotik bukan sahaja menyeronokkan, malah mampu melatih minda supaya lebih kreatif, logik, serta berdaya saing.
Program ini telah berjaya menarik minat peserta untuk mendalami bidang robotik serta memberi pengalaman berharga dalam memahami teknologi secara lebih dekat. Secara keseluruhannya, bengkel ini mencapai objektifnya iaitu memperkenalkan asas robotik kepada murid sekolah rendah, sekali gus menggalakkan mereka meneroka bidang STEM sebagai asas pembelajaran masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: