Bengkel Mahir Tiny Techies Sekolah Menengah
28 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 27 September 2025, seorang peserta daripada NADI Sungai Bandung telah menyertai Bengkel Mahir Tiny Techies (IoT Inovasi) yang memberi tumpuan kepada pembelajaran menggunakan Kit Inovasi IoT Tiny Techies. Antara perkara utama yang dipelajari ialah cara memuat turun dan memasang Thonny IDE, iaitu perisian yang digunakan untuk menulis, menguji, dan memuat naik kod MicroPython ke papan mikropengawal.
Sepanjang bengkel, peserta dibimbing langkah demi langkah bermula daripada proses memuat turun Thonny IDE, memahami antaramuka asasnya, hinggalah kepada menulis kod ringkas menggunakan MicroPython. Peserta turut mencuba fungsi asas kit inovasi, antaranya mengawal LED serta berinteraksi dengan sensor melalui arahan pengaturcaraan mudah.
Selain itu, penceramah turut memberi penekanan kepada penggunaan Kit Inovasi IoT Tiny Techies sebagai medium pembelajaran amali. Pendekatan ini membolehkan peserta memahami dengan lebih jelas bagaimana kod yang ditulis boleh diterjemahkan kepada tindakan perkakasan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: