Webinar Berkala Bahasa Melayu Edisi 4
28 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 27 September 2025, dua orang pelajar sekolah menengah telah menyertai Webinar Berkala Bahasa Melayu – Edisi 4 di NADI Sungai Bandung. Webinar ini dijalankan secara dalam talian dan disampaikan dalam suasana santai tetapi padat dengan penerangan, tips dan trik tatabahasa bagi membantu pelajar lebih mudah memahami aturan bahasa yang betul.
Sepanjang sesi berlangsung, penceramah banyak menerangkan tentang kesalahan tatabahasa yang sering berlaku dalam penulisan dan pertuturan. Antara yang disentuh termasuklah pembinaan ayat yang tidak gramatis, penggunaan imbuhan yang salah, serta kecuaian kecil seperti penggunaan kata sendi dan penjodoh bilangan. Setiap kesalahan dijelaskan bersama contoh mudah supaya pelajar dapat melihat perbezaan dengan lebih jelas.
Selain itu, penceramah turut berkongsi kaedah ringkas untuk mengingati peraturan tatabahasa serta memberikan beberapa trik berguna yang boleh digunakan ketika menjawab soalan peperiksaan. Pendekatan ini membantu pelajar menilai semula cara mereka menulis dan seterusnya meningkatkan ketepatan penggunaan bahasa dalam tugasan sekolah dan peperiksaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: