Webinar Kidsventure Pelan Perniagaan Mini 1
11 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 10 Januari 2026, seorang peserta telah mengikuti Webinar Kidsventure Pelan Perniagaan Mini 1 yang diadakan secara dalam talian melalui Google Meet bertempat di NADI Sungai Bandung. Webinar ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas perancangan perniagaan menggunakan pendekatan Business Model Canvas (BMC).
Sepanjang sesi webinar, peserta diperkenalkan kepada konsep Business Model Canvas sebagai alat perancangan perniagaan yang membantu menyusun idea perniagaan secara ringkas dan sistematik. Penceramah menerangkan elemen utama dalam BMC seperti segmen pelanggan, cadangan nilai, saluran pemasaran, aliran pendapatan dan struktur kos.
Selain itu, peserta turut menyertai sesi kuiz interaktif melalui Kahoot bagi menguji kefahaman mengenai apa itu Business Model Canvas. Melalui kuiz ini, peserta dapat menilai tahap pemahaman terhadap konsep dan fungsi BMC secara keseluruhan serta mengukuhkan pengetahuan yang diperoleh sepanjang webinar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: