Taklimat Lindungi Data Peribadi
14 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 13 April 2026, 7 orang peserta telah mengikuti sesi Taklimat Lindungi Data Peribadi yang dijalankan melalui platform Google Meet. Sesi ini memberi pendedahan mengenai maksud data peribadi serta kepentingan melindunginya dalam kehidupan harian. Data peribadi merujuk kepada maklumat individu seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon dan maklumat kewangan yang perlu dijaga dengan baik bagi mengelakkan penyalahgunaan.
Dalam sesi ini, peserta turut didedahkan kepada kepentingan melindungi data peribadi bagi mengelakkan risiko seperti kecurian identiti, penipuan dalam talian dan pencerobohan privasi. Selain itu, peserta juga mempelajari tentang pelbagai ancaman atas talian seperti phishing, scam, malware dan kebocoran maklumat yang boleh menjejaskan keselamatan pengguna. Cara melindungi data peribadi seperti menggunakan kata laluan yang kukuh, tidak berkongsi maklumat sensitif sewenang-wenangnya, serta peka terhadap pautan atau mesej mencurigakan turut dikongsikan. Pada akhir sesi, peserta telah menjawab kuiz bagi menguji tahap kefahaman terhadap topik yang telah dipelajari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: