Robotic Innovation
19 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 18 April 2026, tiga orang peserta telah mengikuti sesi pembelajaran yang dijalankan melalui tontonan video di platform NADIBOOK yang bertajuk Robotic Innovation. Sesi ini dijalankan bagi memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai konsep asas inovasi robotik iaitu penggunaan robot untuk menyelesaikan masalah dunia sebenar. Dalam modul ini, peserta menonton video yang menerangkan tentang maksud elektrik serta bagaimana tenaga elektrik dihasilkan, dihantar, dan digunakan dalam pelbagai peralatan harian. Peserta turut didedahkan kepada kepentingan elektrik dalam memudahkan urusan manusia seperti dalam bidang komunikasi, pendidikan, dan industri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: