dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Webinar NADI Care Kanser Serviks Kenapa Wanita Malaysia Masih Tak Buat Saringan

21 Januari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Januari 2026, seorang peserta telah menyertai Webinar NADI Care Kanser Serviks: Kenapa Wanita Malaysia Masih Tak Buat Saringan di NADI Sungai Bandung melalui platform Google Meet. Webinar ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan wanita mengenai kepentingan saringan kanser serviks serta faktor-faktor yang menyebabkan masih ramai wanita Malaysia tidak menjalani saringan awal.

Sepanjang webinar berlangsung, peserta diberikan penerangan berkaitan kanser serviks, kepentingan pengesanan awal serta manfaat menjalani saringan secara berkala. Perkongsian maklumat ini membantu peserta memahami risiko yang dihadapi serta kepentingan menjaga kesihatan reproduktif wanita.

Selain itu, peserta turut didedahkan kepada langkah-langkah pencegahan dan galakan untuk mendapatkan saringan di fasiliti kesihatan yang disediakan. Webinar ini diharap dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran peserta supaya lebih peka terhadap kepentingan saringan kanser serviks demi kesejahteraan dan kesihatan jangka panjang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.