Pengurusan Acara & Kejohanan eSukan
21 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPada 20 Jun 2026, dua orang pelajar telah menyertai Webinar eSukan yang bertajuk Pengurusan Acara dan Kejohanan eSukan. Webinar ini memberi fokus kepada perancangan, penyelarasan serta pelaksanaan sesuatu pertandingan eSukan secara sistematik dan profesional.
Sepanjang sesi berlangsung, peserta didedahkan dengan proses pengurusan kejohanan seperti penyediaan format pertandingan, pengurusan peserta, penyusunan jadual perlawanan, penggunaan platform digital serta aspek teknikal yang perlu diberi perhatian bagi memastikan kelancaran sesuatu acara eSukan.
Melalui webinar ini, peserta dapat memahami dengan lebih jelas kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan dalam mengendalikan acara eSukan. Program ini juga membuka peluang kepada peserta untuk mengenali potensi industri eSukan yang semakin berkembang serta meningkatkan minat dalam bidang pengurusan dan penganjuran kejohanan digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: