dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Webinar Cybersecurity Bagaimana Akaun Sosial Media Anda Boleh Digodam

24 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 23 April 2026, dua orang peserta telah mengikuti sesi Webinar Cybersecurity Bagaimana Akaun Sosial Media Anda Boleh Digodam yang dijalankan melalui platform Zoom bagi memberi pemahaman tentang risiko keselamatan siber dalam penggunaan media sosial. Sesi ini menekankan bahawa akaun media sosial mudah terdedah kepada ancaman penggodaman sekiranya pengguna tidak mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya.

Dalam modul ini, peserta mempelajari bahawa keselamatan akaun bukan hanya bergantung kepada kata laluan semata-mata, tetapi juga kepada tahap kesedaran pengguna terhadap taktik penipuan seperti phishing, scam, dan penggunaan aplikasi pihak ketiga yang tidak selamat. Peserta turut didedahkan kepada kaedah melindungi akaun seperti penggunaan pengesahan dua faktor (2FA), pengurusan kata laluan yang baik serta kepentingan menjaga privasi maklumat peribadi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.