NADI Care Sickcare vs Healthcare Kenapa Kita Asyik Tunggu Sakit
24 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 23 januari 2026, seorang peserta telah mengikuti Webinar Wellbeing yang diadakan secara dalam talian menggunakan platform Google Meet. Peserta mengikuti sesi ini dari NADI Sungai Bandung. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta mengenai perbezaan antara pendekatan rawatan selepas sakit (sickcare) dan pencegahan kesihatan (healthcare), serta kepentingan mengambil langkah proaktif untuk menjaga kesihatan sebelum timbul penyakit.
Sepanjang sesi webinar, peserta didedahkan kepada konsep asas healthcare yang menekankan pencegahan, termasuk amalan pemakanan seimbang, aktiviti fizikal yang konsisten, pengurusan tekanan, tidur yang cukup, dan pemeriksaan kesihatan berkala. Peserta turut mempelajari tanda-tanda awal masalah kesihatan serta cara mengenal pasti risiko penyakit supaya langkah pencegahan boleh diambil lebih awal. Selain itu, peserta dibimbing untuk memahami bagaimana tabiat harian dan pilihan gaya hidup memberi kesan langsung kepada kesejahteraan fizikal, mental, dan emosi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: