Masa Depan eSukan & Teknologi Digital
29 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPada 28 Jun 2026, dua orang peserta telah menyertai Webinar eSukan yang bertajuk Masa Depan eSukan & Teknologi Digital. Webinar ini menekankan potensi pertumbuhan eSukan sebagai salah satu industri digital yang semakin berkembang.
Sepanjang sesi berlangsung, peserta didedahkan dengan perkembangan terkini dalam dunia eSukan, penggunaan teknologi dalam permainan digital, serta peluang yang wujud dalam bidang berkaitan seperti pengurusan acara, pembangunan teknologi, penstriman dan kerjaya dalam industri eSukan. Perkongsian turut memberi gambaran tentang bagaimana inovasi teknologi dapat meningkatkan pengalaman pemain dan peminat eSukan.
Melalui webinar ini, peserta dapat memahami potensi besar eSukan serta kepentingan kemahiran digital dalam menghadapi perkembangan teknologi masa kini. Program ini diharapkan dapat meningkatkan minat dan pengetahuan peserta terhadap bidang eSukan serta membuka peluang untuk meneroka kerjaya dalam industri digital yang semakin luas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: