Senam Sihat MADANI Merdeka 2026
30 Ogos 2026 | Aktiviti TerkiniPada 29 Ogos 2026, NADI Sungai Bandung telah mengadakan Program Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 sempena sambutan Bulan Kebangsaan. Program ini mendapat sambutan daripada komuniti setempat dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Senaman Merdeka, Pertandingan Mewarna dan Aktiviti Silang Kata Merdeka.
Program ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah turut memupuk semangat patriotisme dan mengeratkan hubungan dalam kalangan komuniti. Peserta berpeluang menyertai aktiviti secara santai dan meriah sambil menghayati semangat kemerdekaan bersama-sama.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: